Wednesday 24 August 2011

Cerita Lawak AISY...

al kisahnya....tayyiibbb..

semalam tgh syok2 masak tuk berbuka, tetiba 'plup'..gas abes la pulop..adehhh..nasib baik abg gas ade bg no fon sblm ni..xyh la ssh nk g kedai..after 10mnt, abg gas pon smpai..pin piinnn..abg gas ni bkn org tempatan..over the sea gitu...BANGLADESH..ekekeke..die xtau ckp bhsa melayu..ckp omputih pn xbape fasih..cm ayam ngan itik la kitorang..

tp tu bkn cerita utamanya..nk dijadikan cter, bler abg gas tu dh nk balik aku pn g la tutup gate..tau x, My HeRo CiLiK tu tiba2 menangis n tolak2 aku..pelik skejap aku..ghupe2nye die nk ikut abg gas aka abg ladesh tu balik...adooooohhhh...die punya menangis mcm kene dera tuh..menangis melolong..uwaaa uwaaaa...siap ilang2 suara die..huhhh, abes satu lorong umah tu dgr..jiran sebelah tu gelak jer..aisy aisy..rase nk gelak pn ade..ade ke patut nk ikut mat bangla,,ish ishh ishhhh...

dan skang ni...cter yg sama gak jadi setiap kali aku amik die dr umah bb sitter..bler nmpk je kete aku, trus die nyorok..xnk balik..kene pujuk la dlu..aisssshhhhh..pening aku..die suke kt umah bb sitter tu sbb mkcik tu ade 4 org anak lelaki yg sgt rajin layan die..bwk jln2 naik motor lah, dukung die lah..mmm..adakah anda pernah berada di tempat saya???..apakah solution nya???...

My HeRo CiLiK yg menangis

Bila Aisy Pandai Jalan..

Dah seminggu My Hero CiLiK tu pandai berjalan..asik3 nk jalan jer..xbleh brenti..terkedek2..comel gler ahh..haha..

Dulu mse blom berjalan letih nk dukung die, skang ni xlarat nk kejar plak..kalu dh berjalan xbleh stop..lagi 1, My Hero CiLiK baru dapat perangai baru..1 hari tu kami bwk die g shpping complex, bagi la die brjalan sendiri..sume org die langgar..pastu aku angkat la die, tkut terjatuh..pastuuuuuuu die punya mengamuk..MasyaAllah..menangis sekuat hati sambil lentik2an badan..1 mall dgr suara die..dimanakah dia dpt perangai ini??? adakah kesilapan aku semasa mengandung?? Ya Rabbi.......sgt menguji ye..

Inilah doa aku yang aku panjatkan kepadaMu setiap kali lepas solat..."Ya Allah Ya Tuhanku...Kau jadikanlah anak2 ku sebagai seorang anak yang soleh dan mendengar kata ibubapanya"..amiiiinnn

next entri aku upload gambar My Hero CiLiK trkedek2 berjalan yerk..caucincau..

Monday 15 August 2011

Bilakah anak anda pandai berjalan??

Untuk pengetahuan semua, My HeRo CiLiK skang ni dh berumur 1 thn 2bln 3mggu..tp still xberjalan lagi..kenapakah?? runsing gak aku..tp perkembangan die agak memberangsangkan..tumbesaran yg sihat, suke berceloteh n sometimes boleh ikut ape yg kte ckp..cntohnya: "betul betul betul" (upin ipin) tp die sebut "beto beto beto"..hahaha..gigi dah nk msuk 6btg..My HeRo CiLiK ni dh terer memanjat n jalan laju kalu meniti kt sofa or meja..kdg2 bleh berdiri dlm masa 10 saat..mmmm..tp yg plg meng'happy'kn aku n Mr.A, mlm td die dah stat bertatih 3 4 langkah..syukur..hopefull raya nnt dah bleh jalan..xsbr sgt!!!

My HeRo CiLiK

dekat sini, aku nk share tip berkaitan Detik Penting Dalam Perkembangan Bayi: Berjalan yang dicopy dr Blog Baby Centre...marilah membaca..
 

Berjalan

Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup anak anda. Apabila dia beralih dari berdiri tersandar pada perabot ke berjalan terhuyung-hayang menuju tangan terbuka anda sehingga ke berlari, dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.

Bila ia berkembang

Pada tahun pertamanya, bayi anda akan beransur-ansur mendapat koordinasi dan kekuatan otot seluruh badannya, serta belajar duduk, meniarap, dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.

Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan bila mereka berusia 14 atau 15 bulan.

Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.

Bagaimana ia berkembang

Dalam beberapa bulan yang pertama, apabila anda mengangkat bayi anda dengan memegang bawah ketiaknya, dia akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan refleks – kakinya tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya – dan tindakan refleks ini akan hilang selepas dua bulan.

Apabila bayi anda berusia lima bulan, jika anda memegangnya dengan kakinya tersentuh paha anda, dia akan terenjut-enjut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan yang akan datang, malah, sewaktu otot kaki bayi anda terus berkembang apabila dia belajar meniarap, duduk dan merangkak.

Pada sekitar usia lapan bulan, bayi anda akan menarik dirinya naik berdiri sambil berpegang pada perabot. Jika anda sandarkannya bersebelahan sofa, dia akan berpaut pada sofa sekuat-kuat hatinya. Selepas beberapa minggu apabila dia sudah biasa dengan kemahiran ini, dia akan mula bergerak ke sana-sini secara tegak dengan berpegang pada perabot – dan mungkin juga boleh melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan. Sebaik sahaja dia sudah boleh berdiri, dia akan cuba mengambil langkah untuk berjalan ketika dipegang dan dia mungkin akan cuba mengutip mainannya dari posisi berdiri.

Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi anda akan mula belajar membengkokkan lututnya dan bagaimana caranya untuk duduk selepas berdiri (sebenarnya lebih sukar daripada yang anda sangka!).

Pada usia 11 bulan, bayi anda mungkin sudah mahir berdiri berseorangan, membongkok dan mencangkung. Dia mungkin akan berjalan sambil memegang tangan anda, namun dia tidak akan berjalan seorang diri buat beberapa minggu lagi. Kebanyakan kanak-kanak membuat langkah awal mereka berjengket-jengket dengan kaki mereka terhala ke luar.

Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ianya hanya bereti ia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum dia berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.

Apa perkembangan seterusnya

Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula menguasai tujuan lebih mendalam erti mobiliti:

• Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri bersendirian, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan berundur.

• Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.

• Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.

• Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika anda pasang muzik.

• Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia akan dapat berjalan menggunakan pergerakan lancar golekan tapak kaki dari tumit ke jari kaki yang digunakan orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.

• Apabila harijadi anak anda yang ketiga sampai, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi, seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.

Peranan anda

Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkatnya dan letakkannya terduduk sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.

Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau melutut di depannya dan menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan menjalankannya ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).

Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ianya akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.

Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah selalu berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.

Seperti selalu, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.

Bila harus bimbang

Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, barangkali dia akan memerlukan beberapa minggu atau bulan yang ekstra untuk tahu berjalan juga – selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Semua bayi berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat berbanding yang lain, tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatilah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.



Sunday 14 August 2011

IFTAR-ing

syukur alhamdulillah..dh 15 hari kte berposa..entri kali ni juz nk cerite kemeriahan berbuka pose mggu yg lalu..

SABTU- berbuka beramai2 bersama sanaksaudara, kazenmazen, mkcikpkcik dan nenda terchinta di kampung halaman - IJOK..ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kami sekeluarga..meriahnya mcm dah raya..walaweeyy..sgt menerujakan dan menggembirakan saya!! sumenye ade kecuali my untie yg dok kt sabah..thn dpn insyaallah bleh join yea ma..konsep brbuka yang diterapkan adalah------> PORTLUCK..msg2 kene bwk mknn sndiri, xkira la tnjuktunjuk bazaar n ade jgk yg tnjuk terer..aku???? kali ni aku tnjuk terer...ekekekeke..menjadikah??? ok la, tp blum tahap memuaskan..menu aku : kuew teow goreng dgn 'rich choc pudding'..
gambar xsempat di'snap' sbb masingmasing dengan lahap nye makanmakan..

AHAD- berbuka bersama anak-anak yatim (lupe la pulop nama apa) di HOTEL DE PALMA, shah alam..wahhhh, mcm artis plak aku..hahahaha...xdela, aku hanya insan biasa..mmmmm, bler pikirkan nasib diorang ni aku jd sedih seketika..uwaaaa..aku memanjatkn syukur kpd ILAHI kerana msih mempunyai keluarga dan insan yg menyayangi aku..AMIIINNNN
menu yg ade hmmmm ok la..kambing golek, mskn kelantan, melaka, n.sembilan, lauk kenduri n kueh mueh..smbil makanmakan kami dihiburkan dengan nyanyian dr JAY JAY n KUMPULAN SAF-ONE..ok la smpai disini saja entri tuk arini..mari layan gmbar KAMI....

AISY dlm mood heppy

Mr.A yg xbenti2 mkn

aku yg dah kenyang

AISY tgh layan uncle Jay Jay's show

Wednesday 3 August 2011

baju ape??? BAJU RAYAAA.....

arini da masuk hari ke-4 umat islam berpuasa..xlama lagi nk raya...yeaaahhhhh..kwn2 sume dah ber'shopping'???mmmmm...saya??? 85% ready..tuk My Hero CiLiK, sumenye setel..huh, mamapapa kemudian pn xpe..xde bju raya pn xpe, demi anak kan...kehkekekeh..tp cm mustahil plak xde baju raya ...

baju melayu My Hero CiLiK n Mr.A dah anta tempah since April lg..bln lps g ambik, try2 tuk My Hero CiLiK, tgok2 tgn terpendek la plak..kena la alter semula..la ni, blum ambik lg..baju tuk jln2 aku sediakan 5pasang utk die..baju baby/toddler ni aku suka beli kt COTTON ON KID..design bju yg menarik, simple xover sgt n harga yg worth it laa...butik ni ade kt SUNWAY PIRAMID jer..marilah sama2 kite memenuhi butik ni yeaa...
tgok tu, dr luar pn dah rasa 'sence of welcome'...
mcm2 adaaaaa....
untuk aku plak, wowwww!!! aku ade 6psg baju raya la thn ni...ekekeke..sbnrnye aku buat 3psg jer, lg 3psg tu thn lps punye..memandang thn lepas My Hero CiLiK bru berusia 4bln n still breastfeed aku mls la nk pkai bju2 yg mengikut bntuk bdn ni..baju kurung sudah..ssh lak nk selak2 kan..so, aku carry 4ward ke thn ni laa..thn ni bleh la aku berfesyen2 skit coz My Hero CiLiK pn dh besar n minum susu formula..Mr. A plak, baju melayu dah siap..tggal nk cari kemeja n t-shirt jer..tema baju raya KAMI tahun ni adalahhh.....MERAH HITAM.. 

selamat berpuasa n salam RAMADHAN semua...