Showing posts with label sy yg sgt teruja. Show all posts
Showing posts with label sy yg sgt teruja. Show all posts

Thursday, 23 June 2011

lebuhraya LATAR

Pembinaan lebuhraya sepanjang 33km itu dengan kos RM958 juta dibiayai sepenuhnya oleh KLSEB menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.


Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (LATAR) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya tengah malam ini sehingga 31 Ogos.


Dengan pembukaan lebuh raya berkenaan, masa perjalanan dapat dikurangkan dengan memberikan contoh perjalanan dari pekan Ijok ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 30 minit sahaja berbanding sejam setengah sebelum ini.


Beliau berkata, kadar tol yang ditetapkan bagi lebuh raya berkenaan dari 2011-2015 ialah bagi kelas satu iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas ialah RM2, kelas dua iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar lima roda atau enam roda kecuali bas ialah RM4.


Bagi kelas tiga iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas dikenakan caj RM6, kelas empat iaitu teksi (RM1) dan kelas lima iaitu bas (RM4)


~~syukur, boleh memudahkan n mmpercepatkan prjalanan kpd sape2 yg ddk area kuala selangor n especially PUNCAK ALAM * wink wink..