Showing posts with label My HeRo CiLiK. Show all posts
Showing posts with label My HeRo CiLiK. Show all posts

Monday, 20 February 2012

Rider In Progress..




**maafla kualiti gambar kureng memuaskan..nama jer smartfon tp camera xsmart langsung..teettttttt...


**ni bukan Honda kepunyaan kitorang yerk, cousin kitorang punye..exchange kete jap, urusan orang lelaki..sory ye acik Zairin Johari, aisy nak  test power jek...

tapi bukan itu yang aku nk cter...hehehe..ni la gambar latest My Hero Cilik yang sangat obses dengan vehicle especially kereta ngan lori...ni la aksi-aksi terlampau yang sempat dirakamkan oleh mamanya semasa papanya berhenti untuk mengisi minyak..pantang nampak seat driver tu kosong, terus jer meloncat...


koleksi kereta n lori My Hero Cilik dah penuh satu beg dah..pastu ade hati nak mengendeng koleksi peribadi papa die kat dalam almari cermin tu haaa...memang x layan la kannnn...hahahahaha..insyaallah next entri aku post gambar2 koleksi peribadi kereta n lori My Hero Cilik yerk...see yaaaa...


L.O.V.E

Tuesday, 14 February 2012

My HeRo CiLiK dan Bola

Salam 1Malaysia....

kini My HeRo CiLiK dah mencapai umur 1tahun 8bulan..alhamdulillah kerana dikurniakan kesihatan yang baik kepada anakku dan permudahkan segala urusanku dalam membesarkannnya..amiiiinnnn

hobi baru My HeRo CiLiK ni skang suke main bola..papamama doakan semoga aisy jadi pengganti Safee Sali satu ari nanti...(verangan ye)..ekekeke...petang2 weekend kalu xde agenda balik kampung n so on mesti kitorang bawak die lepak-lepak kat Dataran Shah Alam tu..riadah sambil bersukan katenye..sambil mengasah-ngasah skill tendangan padu My HeRo CiLiK tu..klas kau nem...heehee..

jom kite layan video nih...

papa layan safee sali jr main bola..

Monday, 17 October 2011

Fenomena Upin Ipin..

hai frennnsssss!!!!

terasa amat lama tak mengapdet my belog nih...fuhhh fuhhh fuhhhhh...huh byk btol habuk..ekeke..mari semua kita bersemangat sket hari nih...SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT!!!!.. ape aku bebel nih..nk cari mood nihh..


kembali pd tajuk asal..UPIN & IPIN..sape2 yg dh jadi ibu, mst serba sedikit trkena tempiasnya fenomena 2 bdk botak ni kanss..bdk2 kecik sgt suke kot tgok upinipin nih..kadang2 tuh, mamapapa pn join skali..mmmm dh mcm 1 fenomena plak..bg pendapat aku, aku xkesah kalu My HeRo CiLiK tu nk mengadap cter ni 24/7..tu diaaa...bkn ape, upinipin ni byk bg pengajaran kt bdk2..xleh ckp bohong, hormat org tua, bijak, pndai ckp n pntgkn agama..kan kan kannn...ade klakar, sedih n sumtime geram pn ade..part yang aku paling suke masa upinipin sunat n tangkap ayam tuk raya tuh..lawak abess lah..

fyi, My HeRo CiLiK  ni sgt fanatik dgn upinipin..kt umah bb sitter pn dorang sume melayan..balik umah, bkak cd..tp kul 7 wajib stop sbb mama nk tgok cter 'Sofiyya"..eheheh..pastu trkedek2 bwk ipad n soh bkak upinipin smpai la die lena..huhhh..g kuar jln2 pn wajib bwk ipad sbb nk soh die senyap time ktorang makan..kejam x?? x kot..demi kebahagiaan bersama..hahaha

k lah..dah xde idea nk cter nih..juz share psl minat My HeRo CiLiK jer..k dadadaaaaa

kesayangan My HeRo CiLiK :: include si botak ipin

fanatik x kalu cmni???

Wednesday, 24 August 2011

Cerita Lawak AISY...

al kisahnya....tayyiibbb..

semalam tgh syok2 masak tuk berbuka, tetiba 'plup'..gas abes la pulop..adehhh..nasib baik abg gas ade bg no fon sblm ni..xyh la ssh nk g kedai..after 10mnt, abg gas pon smpai..pin piinnn..abg gas ni bkn org tempatan..over the sea gitu...BANGLADESH..ekekeke..die xtau ckp bhsa melayu..ckp omputih pn xbape fasih..cm ayam ngan itik la kitorang..

tp tu bkn cerita utamanya..nk dijadikan cter, bler abg gas tu dh nk balik aku pn g la tutup gate..tau x, My HeRo CiLiK tu tiba2 menangis n tolak2 aku..pelik skejap aku..ghupe2nye die nk ikut abg gas aka abg ladesh tu balik...adooooohhhh...die punya menangis mcm kene dera tuh..menangis melolong..uwaaa uwaaaa...siap ilang2 suara die..huhhh, abes satu lorong umah tu dgr..jiran sebelah tu gelak jer..aisy aisy..rase nk gelak pn ade..ade ke patut nk ikut mat bangla,,ish ishh ishhhh...

dan skang ni...cter yg sama gak jadi setiap kali aku amik die dr umah bb sitter..bler nmpk je kete aku, trus die nyorok..xnk balik..kene pujuk la dlu..aisssshhhhh..pening aku..die suke kt umah bb sitter tu sbb mkcik tu ade 4 org anak lelaki yg sgt rajin layan die..bwk jln2 naik motor lah, dukung die lah..mmm..adakah anda pernah berada di tempat saya???..apakah solution nya???...

My HeRo CiLiK yg menangis

Bila Aisy Pandai Jalan..

Dah seminggu My Hero CiLiK tu pandai berjalan..asik3 nk jalan jer..xbleh brenti..terkedek2..comel gler ahh..haha..

Dulu mse blom berjalan letih nk dukung die, skang ni xlarat nk kejar plak..kalu dh berjalan xbleh stop..lagi 1, My Hero CiLiK baru dapat perangai baru..1 hari tu kami bwk die g shpping complex, bagi la die brjalan sendiri..sume org die langgar..pastu aku angkat la die, tkut terjatuh..pastuuuuuuu die punya mengamuk..MasyaAllah..menangis sekuat hati sambil lentik2an badan..1 mall dgr suara die..dimanakah dia dpt perangai ini??? adakah kesilapan aku semasa mengandung?? Ya Rabbi.......sgt menguji ye..

Inilah doa aku yang aku panjatkan kepadaMu setiap kali lepas solat..."Ya Allah Ya Tuhanku...Kau jadikanlah anak2 ku sebagai seorang anak yang soleh dan mendengar kata ibubapanya"..amiiiinnn

next entri aku upload gambar My Hero CiLiK trkedek2 berjalan yerk..caucincau..

Monday, 15 August 2011

Bilakah anak anda pandai berjalan??

Untuk pengetahuan semua, My HeRo CiLiK skang ni dh berumur 1 thn 2bln 3mggu..tp still xberjalan lagi..kenapakah?? runsing gak aku..tp perkembangan die agak memberangsangkan..tumbesaran yg sihat, suke berceloteh n sometimes boleh ikut ape yg kte ckp..cntohnya: "betul betul betul" (upin ipin) tp die sebut "beto beto beto"..hahaha..gigi dah nk msuk 6btg..My HeRo CiLiK ni dh terer memanjat n jalan laju kalu meniti kt sofa or meja..kdg2 bleh berdiri dlm masa 10 saat..mmmm..tp yg plg meng'happy'kn aku n Mr.A, mlm td die dah stat bertatih 3 4 langkah..syukur..hopefull raya nnt dah bleh jalan..xsbr sgt!!!

My HeRo CiLiK

dekat sini, aku nk share tip berkaitan Detik Penting Dalam Perkembangan Bayi: Berjalan yang dicopy dr Blog Baby Centre...marilah membaca..
 

Berjalan

Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup anak anda. Apabila dia beralih dari berdiri tersandar pada perabot ke berjalan terhuyung-hayang menuju tangan terbuka anda sehingga ke berlari, dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.

Bila ia berkembang

Pada tahun pertamanya, bayi anda akan beransur-ansur mendapat koordinasi dan kekuatan otot seluruh badannya, serta belajar duduk, meniarap, dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.

Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan bila mereka berusia 14 atau 15 bulan.

Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.

Bagaimana ia berkembang

Dalam beberapa bulan yang pertama, apabila anda mengangkat bayi anda dengan memegang bawah ketiaknya, dia akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan refleks – kakinya tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya – dan tindakan refleks ini akan hilang selepas dua bulan.

Apabila bayi anda berusia lima bulan, jika anda memegangnya dengan kakinya tersentuh paha anda, dia akan terenjut-enjut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan yang akan datang, malah, sewaktu otot kaki bayi anda terus berkembang apabila dia belajar meniarap, duduk dan merangkak.

Pada sekitar usia lapan bulan, bayi anda akan menarik dirinya naik berdiri sambil berpegang pada perabot. Jika anda sandarkannya bersebelahan sofa, dia akan berpaut pada sofa sekuat-kuat hatinya. Selepas beberapa minggu apabila dia sudah biasa dengan kemahiran ini, dia akan mula bergerak ke sana-sini secara tegak dengan berpegang pada perabot – dan mungkin juga boleh melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan. Sebaik sahaja dia sudah boleh berdiri, dia akan cuba mengambil langkah untuk berjalan ketika dipegang dan dia mungkin akan cuba mengutip mainannya dari posisi berdiri.

Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi anda akan mula belajar membengkokkan lututnya dan bagaimana caranya untuk duduk selepas berdiri (sebenarnya lebih sukar daripada yang anda sangka!).

Pada usia 11 bulan, bayi anda mungkin sudah mahir berdiri berseorangan, membongkok dan mencangkung. Dia mungkin akan berjalan sambil memegang tangan anda, namun dia tidak akan berjalan seorang diri buat beberapa minggu lagi. Kebanyakan kanak-kanak membuat langkah awal mereka berjengket-jengket dengan kaki mereka terhala ke luar.

Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ianya hanya bereti ia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum dia berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.

Apa perkembangan seterusnya

Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula menguasai tujuan lebih mendalam erti mobiliti:

• Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri bersendirian, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan berundur.

• Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.

• Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.

• Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika anda pasang muzik.

• Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia akan dapat berjalan menggunakan pergerakan lancar golekan tapak kaki dari tumit ke jari kaki yang digunakan orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.

• Apabila harijadi anak anda yang ketiga sampai, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi, seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.

Peranan anda

Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkatnya dan letakkannya terduduk sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.

Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau melutut di depannya dan menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan menjalankannya ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).

Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ianya akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.

Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah selalu berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.

Seperti selalu, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.

Bila harus bimbang

Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, barangkali dia akan memerlukan beberapa minggu atau bulan yang ekstra untuk tahu berjalan juga – selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Semua bayi berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat berbanding yang lain, tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatilah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.



Monday, 11 July 2011

Aksi si MANJA...

entri hari ni aku nk cter serba sikit pasal keletah my hero cilik AISY HAIQAL..

pada org luar yg jarangjarang jmpe anak aku ni mst dorang akan fkr anak aku ni seorang yg moody n xfrenly. mmg aku akui coz my hero cilik suke buat muke masam n mulut muncung kedepan kalu jmpe org yg die xkenal. tapi hakikatnye........kalu kt rumah tu, mamapapa je yg tau. org yg tengok ni yg penat dgn aksiaksi die yg memanjat sofa katil..kalu aku mandi, xsmpai 2minit die da smpai kt depan pintu toilet smbil mainmain air. kalu papa kuar kt garage kete die pnye jerit satu shah alam leh dgr. huhhhh..kalu soh pakai baju lagi la, xpsl2 aku kene maraton kalu x 2jam pn xsiap. my hero cilik sgt suke pd kereta n lori. mmg sebijik mcm Mr.A. tp die plg suke lori la, kalu nmpk lori tgh tdo pn leh bgun.

kadangkadang rase nk gelak ade, geram pn ade. tp tu je la penawar duka lara, pengarang jantung pisang mamapapa. jom la kita layannnn video my hero cilik nih....

Monday, 4 July 2011

Kelahiran satu ANUGERAH

AISY HAIQAL.....

tiba2 aku terkenang balik mase mula2 aku +ve preknen. aku ingat lagi mse tu 2 hari sebelum sambut hari raya 2009. tengah cbuk2 packing baju nak balik kampung, tetibe aku rse lain mcm jer kat perut ni. rse mcm memulas2, cam senggugut pn ade. trdetik kat ati aku ni nk wat pregnancy test. actually aku mmg simpan preg test tu kt umah, almaklumla time tu kami da stahun setengah kahwin tp blum dikurniakan rezeki n dah berkali2 aku wat preg test tu tp xberhasil. aku pegi la toilet dgn perasaan yg biase3 jer, xnk mengharap. mula2 aku tgok kt plat tu satu line, aku hampa jgak la. pastu aku amik semula plat tu dan hasilnya--------> positif. tapi prasaan aku masih sangsi, then aku stat kete and vroommmm ke watson yg brdekatan. aku beli smpai 2 preg test tu. smpai umah aku wat skali lagi, positif. xpuas hati, wat skali lagi positif..ya ALLAH, aku tersangat bersyukur kepadaMU, KAU kurniakan rezeki ini menjelang hari kemenangan umat islam. ----- so, kalu jmpe makcik2 kt kampung, aku ade jawapan untuk soalan ini.."anim dah berisi ke blum?"..soalan yg sblum ni plg aku menyampah..SYUKUR ALHAMDULILLAH..

sepanjang proses kehamilan, aku ade la alah n mabuk3. sempat gak la dok kt wad 3ari coz dehidration n muntah berpanjangan, pe lagi masuk air la.

9bulan aku menanti, aku dijangka deliver 20 Mei 2010. aku tunggu2 xde plak rase sakit cam org sekeliling cter kt aku tu. aku sehat jer, bleh jalan2 kt mall lagi. aku g checkup n doc mntak aku masuk wad 24 Mei 2010 n doc stat bg induce. 1st induce doc bg, after tu doc soh g jln2 biar 'jalan' cpt bkak. xbkak jgk, doc bg smpai 4x induce xjgak bukak. sepanjang tu Mr.A jadi peneman setia aku kt wad. mlm pn tdo kt wad. suami mithali la..hahaha. ari 3 aku kt wad, Mr.A ckp nk pg keje coz dh 2 ari cuti. tinggal la aku sengsorang kt wad, 26 Mei 2010 jam 12tghri doc check 'jalan' aku, still xbkak  jgk n doc buat decision spya aku bersalin secara czer. adeehhh, gelap sekejap dunia aku. time tu aku sengsorang jer, xde suami, xde mak. aku call Mr.A soh die dtg spital. doc plak asik push soh cepat msuk bilik bedah, aku xkira aku nk tggu gak Mr.A dtg. nk mintak maap kot kot la.........kul 1ptg aku msuk OT, 1.26ptg My Hero CiLiK selamat dilahirkan..syukur kami panjatkan kepadaMU.

dan inilah hasilnya......

bayi seberat 3.72kg...sihat

aisy 47 hari

aisy 7 bulan

aisy 9 bulan

aisy genap 1 tahun

aisy 1 tahun 1 bulan
mamapapa SAYANG sgt3 AISY HAIQAL...

Wednesday, 22 June 2011

trima kasih Scott Emulsion

dah sbulan lbh my hero cilik xnak mkn. risau sgt n worry kalu2 xckup zat dlm bdn die. bb sitter tu ckp mb sbb die nk tmbuh gg. wat mse skang ni dh 4 btg gg die tmbuh. mmm, bsr cm gg rabbit.. ngeee..


ini gigi AISY
tp tula, kalu mkn pn 1 suap jer, pastu tutup mulut rapat2 smbil geleng2 kpla. adehhhh..AISY AISY..pening mamapapa..tp nsib baik susu die nk minum. 1st inisiatif mamapapa belikn appeton yg titik kt lidah tu. dh bg sminggu x jln jgk. 2nd inisiatif, bg scott emulsion then.....alhamdulillah. aisy dah selera nk mkn. syukur sgt. berat pn dh naik sket. mama suka mama suka..yeaahh


thank to SCOTT EMULSION perasa oren
ihsan dr encik gugel