Monday 17 October 2011

Fenomena Upin Ipin..

hai frennnsssss!!!!

terasa amat lama tak mengapdet my belog nih...fuhhh fuhhh fuhhhhh...huh byk btol habuk..ekeke..mari semua kita bersemangat sket hari nih...SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT!!!!.. ape aku bebel nih..nk cari mood nihh..


kembali pd tajuk asal..UPIN & IPIN..sape2 yg dh jadi ibu, mst serba sedikit trkena tempiasnya fenomena 2 bdk botak ni kanss..bdk2 kecik sgt suke kot tgok upinipin nih..kadang2 tuh, mamapapa pn join skali..mmmm dh mcm 1 fenomena plak..bg pendapat aku, aku xkesah kalu My HeRo CiLiK tu nk mengadap cter ni 24/7..tu diaaa...bkn ape, upinipin ni byk bg pengajaran kt bdk2..xleh ckp bohong, hormat org tua, bijak, pndai ckp n pntgkn agama..kan kan kannn...ade klakar, sedih n sumtime geram pn ade..part yang aku paling suke masa upinipin sunat n tangkap ayam tuk raya tuh..lawak abess lah..

fyi, My HeRo CiLiK  ni sgt fanatik dgn upinipin..kt umah bb sitter pn dorang sume melayan..balik umah, bkak cd..tp kul 7 wajib stop sbb mama nk tgok cter 'Sofiyya"..eheheh..pastu trkedek2 bwk ipad n soh bkak upinipin smpai la die lena..huhhh..g kuar jln2 pn wajib bwk ipad sbb nk soh die senyap time ktorang makan..kejam x?? x kot..demi kebahagiaan bersama..hahaha

k lah..dah xde idea nk cter nih..juz share psl minat My HeRo CiLiK jer..k dadadaaaaa

kesayangan My HeRo CiLiK :: include si botak ipin

fanatik x kalu cmni???

Monday 12 September 2011

Eidul Fitri Twenty Eleven....

salamsss to all...selamat hari raya MAAF ZAHIR & BATIN

dah masuk 2week kita beraya n hari ni baru ade mood untuk membuka diari kesayangan aku nih...mood masih dlm keadaan lemau n suam2 kuku..hehe..ok, topik kte arini adalah AIDILFITRI 2011. raya tahun sama jer mcm raya tahun2 lepas..balik kampung, baraan bersama mkcikpkcik dan kazenmazen..makanmakan, main mercun (upss jgn repot incik polisi tau)..hehe

::malam raya:: My HeRo CiLiK main bunga api dgn cuman
tahun ni adalah turn beraya di kampung aku iaitu IJOK..i lep my kampung..di pagi raya yg indah, xdpt nk pegi sembahyang raya sbb xde sape nk jge My HeRo CiLiK tu..atok nenek abang, adik n Mr.A sumenye pegi ke surau brdekatan..tggal lh aku berdua dgn ci cilik tu..kemaskemas umah, prepare to brkfast n make over diriku..eceeehhh..jgn trlbh over sudehhhh..bersalam2an satu kemestian sambil menumpahkan air mata ini..sob sob sobbb..time2 nih baru sedar byk wat dosa ngan mak abah..especially to Mr.A, byk sgt dosa dgn die..slalu xdgr cakap, huh degil aku nih..im sorryyyy

then, pg umah nenek yg jauhnye hanya 300m itu..mkn kueh sket, salam2 n seterusnya pegi umah makcikpakcik n another nenek..taraaa, aku ade 2 nenek tau..jgn jeles..

after Asar, brsiap2 untuk pulang ke kampung Mr.A yg hanya 40mnt perjalanan..jgn jeles skali lg sbb kampung ktorang dkat jer..leh ulang alik..hehehe..sambung beraya lagi, g umah nenek n makcikpakcik Mr.A..makan dan makan lagi..My HeRo CiLiK plak, cbuk mengollect duit raya..org xsempat bagi, die dh tadah tangan..huhhh, sgguh mama xpnh ajar tau..bdk2 zaman skarang..malam tu plak masingmasing dah keletihan..rumah plak xputus2 orang datang..

raya kedua, pulang semula ke kampung aku..besh kan..baraan bersama makcikpakcik dan kazenmazen..abis sume kampung kami redah..memori yg sgt indah..hehe..dekat kampung aku mmg femes tradisi BARA'AN ni tau..almaklumlah, kami ni javanese..BARA'AN kampung slalunye org2 lelaki je yg join..dr kanakkanak sampai lah atokatok..tp yg plg besh nye tahun ni, TV3 siap dtg umah aku tuk buat liputan psl BARA'AN ni n disiarkan dekat BULETIN TENGAHARI keesokan harinye..cheewwaahh..bapak aku siap masuk tv tuhh..glemer3..tp gmbr xsempat di snap sbb aku sibuk melayan org yg dtg umah..

dan hari2 berikutnya, still beraya n memenuhi jemputan OPEN HOUSE..kenyang2..terima kasih kpd yg menjemput..kepada yg blom menjemput, jgn lupe jemput..kami pasti dtg..ngeeee..jom lah layan bbrapa picca yg diambil dgn kamera kecik aku..gambar di kamera besar Mr.A blom sempat diupload lagi..

nampak x si cilik tersenyum lebar sambut raya umah onyang


aku n My HeRo CiLiK


baraan on the goooo


My HeRo CiLiK wif marissa
heppy raya semua!!!!! daaaa.. selamat berpuasa sunat 6..

Wednesday 24 August 2011

Cerita Lawak AISY...

al kisahnya....tayyiibbb..

semalam tgh syok2 masak tuk berbuka, tetiba 'plup'..gas abes la pulop..adehhh..nasib baik abg gas ade bg no fon sblm ni..xyh la ssh nk g kedai..after 10mnt, abg gas pon smpai..pin piinnn..abg gas ni bkn org tempatan..over the sea gitu...BANGLADESH..ekekeke..die xtau ckp bhsa melayu..ckp omputih pn xbape fasih..cm ayam ngan itik la kitorang..

tp tu bkn cerita utamanya..nk dijadikan cter, bler abg gas tu dh nk balik aku pn g la tutup gate..tau x, My HeRo CiLiK tu tiba2 menangis n tolak2 aku..pelik skejap aku..ghupe2nye die nk ikut abg gas aka abg ladesh tu balik...adooooohhhh...die punya menangis mcm kene dera tuh..menangis melolong..uwaaa uwaaaa...siap ilang2 suara die..huhhh, abes satu lorong umah tu dgr..jiran sebelah tu gelak jer..aisy aisy..rase nk gelak pn ade..ade ke patut nk ikut mat bangla,,ish ishh ishhhh...

dan skang ni...cter yg sama gak jadi setiap kali aku amik die dr umah bb sitter..bler nmpk je kete aku, trus die nyorok..xnk balik..kene pujuk la dlu..aisssshhhhh..pening aku..die suke kt umah bb sitter tu sbb mkcik tu ade 4 org anak lelaki yg sgt rajin layan die..bwk jln2 naik motor lah, dukung die lah..mmm..adakah anda pernah berada di tempat saya???..apakah solution nya???...

My HeRo CiLiK yg menangis

Bila Aisy Pandai Jalan..

Dah seminggu My Hero CiLiK tu pandai berjalan..asik3 nk jalan jer..xbleh brenti..terkedek2..comel gler ahh..haha..

Dulu mse blom berjalan letih nk dukung die, skang ni xlarat nk kejar plak..kalu dh berjalan xbleh stop..lagi 1, My Hero CiLiK baru dapat perangai baru..1 hari tu kami bwk die g shpping complex, bagi la die brjalan sendiri..sume org die langgar..pastu aku angkat la die, tkut terjatuh..pastuuuuuuu die punya mengamuk..MasyaAllah..menangis sekuat hati sambil lentik2an badan..1 mall dgr suara die..dimanakah dia dpt perangai ini??? adakah kesilapan aku semasa mengandung?? Ya Rabbi.......sgt menguji ye..

Inilah doa aku yang aku panjatkan kepadaMu setiap kali lepas solat..."Ya Allah Ya Tuhanku...Kau jadikanlah anak2 ku sebagai seorang anak yang soleh dan mendengar kata ibubapanya"..amiiiinnn

next entri aku upload gambar My Hero CiLiK trkedek2 berjalan yerk..caucincau..

Monday 15 August 2011

Bilakah anak anda pandai berjalan??

Untuk pengetahuan semua, My HeRo CiLiK skang ni dh berumur 1 thn 2bln 3mggu..tp still xberjalan lagi..kenapakah?? runsing gak aku..tp perkembangan die agak memberangsangkan..tumbesaran yg sihat, suke berceloteh n sometimes boleh ikut ape yg kte ckp..cntohnya: "betul betul betul" (upin ipin) tp die sebut "beto beto beto"..hahaha..gigi dah nk msuk 6btg..My HeRo CiLiK ni dh terer memanjat n jalan laju kalu meniti kt sofa or meja..kdg2 bleh berdiri dlm masa 10 saat..mmmm..tp yg plg meng'happy'kn aku n Mr.A, mlm td die dah stat bertatih 3 4 langkah..syukur..hopefull raya nnt dah bleh jalan..xsbr sgt!!!

My HeRo CiLiK

dekat sini, aku nk share tip berkaitan Detik Penting Dalam Perkembangan Bayi: Berjalan yang dicopy dr Blog Baby Centre...marilah membaca..
 

Berjalan

Belajar berjalan adalah langkah yang besar ke arah berdikari, ianya salah satu perkembangan yang paling penting dalam hidup anak anda. Apabila dia beralih dari berdiri tersandar pada perabot ke berjalan terhuyung-hayang menuju tangan terbuka anda sehingga ke berlari, dan melompat dengan penuh keyakinan, dia sudah meninggalkan zaman bayinya.

Bila ia berkembang

Pada tahun pertamanya, bayi anda akan beransur-ansur mendapat koordinasi dan kekuatan otot seluruh badannya, serta belajar duduk, meniarap, dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan.

Dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbangan – kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan dan 12 bulan, dan pandai berjalan bila mereka berusia 14 atau 15 bulan.

Jangan risau jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan.

Bagaimana ia berkembang

Dalam beberapa bulan yang pertama, apabila anda mengangkat bayi anda dengan memegang bawah ketiaknya, dia akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan refleks – kakinya tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya – dan tindakan refleks ini akan hilang selepas dua bulan.

Apabila bayi anda berusia lima bulan, jika anda memegangnya dengan kakinya tersentuh paha anda, dia akan terenjut-enjut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarannya untuk beberapa bulan yang akan datang, malah, sewaktu otot kaki bayi anda terus berkembang apabila dia belajar meniarap, duduk dan merangkak.

Pada sekitar usia lapan bulan, bayi anda akan menarik dirinya naik berdiri sambil berpegang pada perabot. Jika anda sandarkannya bersebelahan sofa, dia akan berpaut pada sofa sekuat-kuat hatinya. Selepas beberapa minggu apabila dia sudah biasa dengan kemahiran ini, dia akan mula bergerak ke sana-sini secara tegak dengan berpegang pada perabot – dan mungkin juga boleh melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan. Sebaik sahaja dia sudah boleh berdiri, dia akan cuba mengambil langkah untuk berjalan ketika dipegang dan dia mungkin akan cuba mengutip mainannya dari posisi berdiri.

Pada usia sembilan atau 10 bulan, bayi anda akan mula belajar membengkokkan lututnya dan bagaimana caranya untuk duduk selepas berdiri (sebenarnya lebih sukar daripada yang anda sangka!).

Pada usia 11 bulan, bayi anda mungkin sudah mahir berdiri berseorangan, membongkok dan mencangkung. Dia mungkin akan berjalan sambil memegang tangan anda, namun dia tidak akan berjalan seorang diri buat beberapa minggu lagi. Kebanyakan kanak-kanak membuat langkah awal mereka berjengket-jengket dengan kaki mereka terhala ke luar.

Pada usia 13 bulan, tiga perempat daripada semua kanak-kanak sudah boleh berjalan sendiri – walaupun terhuyung-hayang. Jika anak anda masih berjalan berpaut pada perabot, ianya hanya bereti ia akan mengambil sedikit masa lagi sebelum dia berjalan sendiri. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan, atau lebih lambat lagi.

Apa perkembangan seterusnya

Selepas langkah pertama ke arah berdikari, kanak-kanak akan mula menguasai tujuan lebih mendalam erti mobiliti:

• Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri bersendirian, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan berundur.

• Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.

• Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.

• Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika anda pasang muzik.

• Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia akan dapat berjalan menggunakan pergerakan lancar golekan tapak kaki dari tumit ke jari kaki yang digunakan orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.

• Apabila harijadi anak anda yang ketiga sampai, kebanyakan pergerakan asasnya sudah menjadi kebiasaan. Dia tidak lagi perlu memfokuskan tenaganya pada berjalan, berdiri, berlari atau melompat, tetapi sesetengah aksi, seperti berjengket atau berdiri atas sebelah kaki, mungkin masih memerlukan konsentrasi dan usaha.

Peranan anda

Semasa bayi anda belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkatnya dan letakkannya terduduk sahaja. Sebaliknya, tunjukkan cara bagaimana membengkokkan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh, dan biarkan dia mencubanya sendiri.

Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan dengan berdiri atau melutut di depannya dan menghulurkan tangan anda, dengan memegang kedua-dua tangannya dan menjalankannya ke arah anda, atau dengan membeli sebuah mainan yang dia boleh pegang dan tolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas).

Oleh kerana walker bayi terlalu mudah digerakkan, ianya akan menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul, jadi sesetengah pakar tidak menggalakkan penggunaannya.

Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah selalu berjalan di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk; berkaki ayam menolong memperbaiki keseimbangan dan koordinasinya.

Seperti selalu, pastikan bayi anda ada persekitaran yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan, sekiranya dia terjatuh atau memerlukan pertolongan anda.

Bila harus bimbang

Seperti yang telah dikatakan di atas, sesetengah kanak-kanak yang normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting ialah kemajuan kemahirannya; jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, barangkali dia akan memerlukan beberapa minggu atau bulan yang ekstra untuk tahu berjalan juga – selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang.

Semua bayi berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat berbanding yang lain, tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggalan, bincangkanlah dengan doktor anda. Ingatilah bahawa bayi pramatang mungkin akan mencapai tahap ini serta tahap-tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain.



Sunday 14 August 2011

IFTAR-ing

syukur alhamdulillah..dh 15 hari kte berposa..entri kali ni juz nk cerite kemeriahan berbuka pose mggu yg lalu..

SABTU- berbuka beramai2 bersama sanaksaudara, kazenmazen, mkcikpkcik dan nenda terchinta di kampung halaman - IJOK..ini merupakan salah satu aktiviti tahunan kami sekeluarga..meriahnya mcm dah raya..walaweeyy..sgt menerujakan dan menggembirakan saya!! sumenye ade kecuali my untie yg dok kt sabah..thn dpn insyaallah bleh join yea ma..konsep brbuka yang diterapkan adalah------> PORTLUCK..msg2 kene bwk mknn sndiri, xkira la tnjuktunjuk bazaar n ade jgk yg tnjuk terer..aku???? kali ni aku tnjuk terer...ekekekeke..menjadikah??? ok la, tp blum tahap memuaskan..menu aku : kuew teow goreng dgn 'rich choc pudding'..
gambar xsempat di'snap' sbb masingmasing dengan lahap nye makanmakan..

AHAD- berbuka bersama anak-anak yatim (lupe la pulop nama apa) di HOTEL DE PALMA, shah alam..wahhhh, mcm artis plak aku..hahahaha...xdela, aku hanya insan biasa..mmmmm, bler pikirkan nasib diorang ni aku jd sedih seketika..uwaaaa..aku memanjatkn syukur kpd ILAHI kerana msih mempunyai keluarga dan insan yg menyayangi aku..AMIIINNNN
menu yg ade hmmmm ok la..kambing golek, mskn kelantan, melaka, n.sembilan, lauk kenduri n kueh mueh..smbil makanmakan kami dihiburkan dengan nyanyian dr JAY JAY n KUMPULAN SAF-ONE..ok la smpai disini saja entri tuk arini..mari layan gmbar KAMI....

AISY dlm mood heppy

Mr.A yg xbenti2 mkn

aku yg dah kenyang

AISY tgh layan uncle Jay Jay's show

Wednesday 3 August 2011

baju ape??? BAJU RAYAAA.....

arini da masuk hari ke-4 umat islam berpuasa..xlama lagi nk raya...yeaaahhhhh..kwn2 sume dah ber'shopping'???mmmmm...saya??? 85% ready..tuk My Hero CiLiK, sumenye setel..huh, mamapapa kemudian pn xpe..xde bju raya pn xpe, demi anak kan...kehkekekeh..tp cm mustahil plak xde baju raya ...

baju melayu My Hero CiLiK n Mr.A dah anta tempah since April lg..bln lps g ambik, try2 tuk My Hero CiLiK, tgok2 tgn terpendek la plak..kena la alter semula..la ni, blum ambik lg..baju tuk jln2 aku sediakan 5pasang utk die..baju baby/toddler ni aku suka beli kt COTTON ON KID..design bju yg menarik, simple xover sgt n harga yg worth it laa...butik ni ade kt SUNWAY PIRAMID jer..marilah sama2 kite memenuhi butik ni yeaa...
tgok tu, dr luar pn dah rasa 'sence of welcome'...
mcm2 adaaaaa....
untuk aku plak, wowwww!!! aku ade 6psg baju raya la thn ni...ekekeke..sbnrnye aku buat 3psg jer, lg 3psg tu thn lps punye..memandang thn lepas My Hero CiLiK bru berusia 4bln n still breastfeed aku mls la nk pkai bju2 yg mengikut bntuk bdn ni..baju kurung sudah..ssh lak nk selak2 kan..so, aku carry 4ward ke thn ni laa..thn ni bleh la aku berfesyen2 skit coz My Hero CiLiK pn dh besar n minum susu formula..Mr. A plak, baju melayu dah siap..tggal nk cari kemeja n t-shirt jer..tema baju raya KAMI tahun ni adalahhh.....MERAH HITAM.. 

selamat berpuasa n salam RAMADHAN semua...

Sunday 31 July 2011

my heppy 27th

tanggal 31 Julai 1984 aku dilahirkan oleh mak aku di teratak kami di kampung bukit badong..xdpt bayangkan cmne mak aku lahirkan aku kt umah w/o doktor n nurse..tu lah namanya pengorbanan seorang ibu..terima kasih mak coz melahirkan n membesarkan kakak..sayang mak..

hari ini genaplah umur aku 27 thn..sedikit sebanyak aku rasa hidup aku dah lengkap krn telah dikurniakan ibu bapa yang penyayang, suami yg bertanggungjawab n anak yang sihat..ape lagi yg aku nak???? anak lagi, tmpat tinggal berkepunyaan sah oleh FARIZA HANIM BT MUHAMAD JAMIL (50% lg nk dpt), kereta (ada hutang rm8000 lagi)...dan yg penting kesihatan yg baik supaya aku xmerisaukan org sekeliling aku..

sambutan tahun ni, biasa2 jer coz jatuh pada 30 syaaban iaitu sehari sblum puasa..juz pegi makanmakan kat The Manhattan Fish Market..



mmmm...yummy yummy
xlupa juga nk mengucapkan jutaan terima kasih kpd Mr.A kerana memberi sy hadiah ini...love love love u dear...muuuaaahhhh..smoga hidup kita lebih diberkati oleh-Nya...

samsung galaxy S

Thursday 28 July 2011

cerita HOLIDAY kami..

arini baru dpt update cerita KAMI ber'holiday'..rse penat xilang lagi..Mr.A demam panas lak arini. keletihan kot..aduuhh risau banget sih...nak mintak halfday lah arini. tapi yg penting, KAMI sgt3 enjoy wif our journey..
lama sgt dlm kete, ni la jadinye


memulakan perjalanan seawal jam 7.15am melalui h/w GCE n terus ke PLUS..Mr.A bawak kete dgn kelajuan 140km/jam maintain..dan hasilnya.......KAMI disaman..hehehe..terbanglah rm300..sampai diR&R Tapah, brenti breakfast jap pastu shoot terus ke PERLIS n smpai jam 1.30pm di rumah NOR ASMA NOORDIN. mkn tgahari disitu, n KAMI stay at ABY HOMESTAY..'Mr.Abi stay at ABY HOMESTAY'..waaahh, mcm pantun laks..tempat yg selesa n suasana kampung.


rehat2  jap, then KAMI ke PADANG  BESAR..cuaca kurang baik, ujan rintik2..jalan2, beli2 n mkn2..pulut ayam dan somtam kegemaran kami..

otw to pdg besar, sggh ikm beseri jap (Mr.A pnh study kt situ)
pulut ayam yg sedap
AISY lpr sgt smpai pnjat meja
shopping @pdg besar
sebelah mlm plak, KAMI ke rumah NOR ASMA NOORDIN untuk menyaksikan pernikahan mereka.. tapi malangnyerrrr, pengantin laki lambat smpai..janji pas isyak, tggu smpai kul 9.45pm xsmpai2 gak, AISY lak dah tdo..KAMI pn berangkat pulang ke homestay..sory na semah xdpt tgok ang nikah, keadaan xmengizinkan..

bergambar dgn pengantin
keesokan paginya, bgun awal2 pagi walaupun rse berat sbb hujan renyai2..tp WANG KELIAN pnya psl, paksa gak la. Mr.A ckp kene pegi awal2 tkut ramai org..KAMI smpai disana jam 9.15am, kedai xbkak lg..grrrr..msuk SEMPADAN, ok la..tp xtau nk beli pe..periuk, toto, tikar rotan n bla bla..kul 10am balik, singgah gerai tepi jln mkn nasi lemak daun pisang..mengancam  sih..pastu g beli durian, sekilo rm3..nyum nyummm

otw to wang kelian

kedaikedai xbkak lagi

smpai homestay trus siap2 tuk kerumah pengantin..sampai2..WOWWWW!!! ramainyer org..nk ddk kt khemah pn xde tmpat..smbut mempelai n take picca at PELAMIN..nice pelamin..

pengantin baru


ptg tu xde aktiviti..lepak2 n tdo2 at homestay..cadang nk tgok pengantin tgkp gmbar outdoor, trlajak tdo sudah..bangun2 perut trasa lapar..siap2 n mnghala ke pekan KANGAR, mkn2 at CAFE SANTAI bersebelahan HOTEL PUTRA PALACE..tmpat menarik n privacy..

banana split feveret AISY
night mode

keesokannya siap2 untuk ke PENANG plak..checkout n singgah umah NOR ASMA NOORDIN jap..tp malangnyer, pengantin dah pn ke rumah mak andam..KAMI pn mencari2 lah umah mak andam coz nk say bye n peluk2 comolot kt pengantin..SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA...

sampai PENANG jam 12pm..perut rasa lapar, mencari2 nasi kandar xjmpe2..hujan lak tu..tapau n check in @ TANJUNG BUNGAH BEACH RESORT..environmment hotel sgt best tp room kecik la..mkn2 n letak beg, KAMI pn pegi jln2 semula..Mr.A nk jmpe kwn die kt TELUK KUMBAR..sejam perjalanan bru smpai..fuhhh trtido2 dlm kete..pastu KAMI ke PADANG KOTA LAMA n mkn2..pasembor, sotong 4 rasa, char kuew teow, mee udang n coconut shake..sgt menakjubkan!! tp syngnye xtgkp gmbr coz masing2 konsentrat mkn..ngeh2


last day berholiday..bgun pagi2, gosok gigi w/o mandi pastu g breakfast..jumpe lak ngan RADHI KHALID..ala SRK malaysia tuu..pastu bwk AISY mandi kt swimming pool..sgt besh sbb xde org..ari isnin la katakann..mulamula My Hero Cilik tu takut, tapi lama2 suka n xnk kuar dr pool tu..huh..balik room, packing baju siap2 n checkout..g PENANG ROAD jap nk cari jeruk n lunch @NASI KANDAR LINE CLEAR ...after that, BYE BYE PENANG.....

AISY  suka


AISY xnk naik dr pool
nasi kandar LINE CLEAR


Wednesday 20 July 2011

mOod hari ini = 0 0 0

sangat xde mood arini..sbb da xsbr nk ke perlis pada esok hari..wink* wink*..


Mr.A ckp, bsok nk gerak ke perlis awal2 pagi kalu bleh selepas subuh..fuhhhhhh..gerak awal, smpai pn awal..leh ronda2 ke Padang Besar dulu..yehooo..beli periuk, pulut n bla bla bla..dan yg plg penting, nk mkn puluit mangga..superb beb!!


pulut mangga kegemaran saya


somtam kegemaran Mr.A
Tujuan sebenar saya ke Perlis adalah untuk......."MY BESFREN WEDDING"...mmm xsbr rsenye nk tgok die jd pengantin. mse aku kawen dlu die la pengapit/pengepit..jd PA xbertauliah sepanjang majlis tu berjalan..pakaikn inai kat jari, jd drebar aku ke mana2..almaklumlah, darah manis xbleh bwk kete..hehe.. 'dia' yang aku maksudkan adalah NOR ASMA BT NORDIN....terima kasih kawan utk semuanya..doakan kamu kekal bahagia hingga hujung nyawa..sayang kamu!!!!

Monday 11 July 2011

Aksi si MANJA...

entri hari ni aku nk cter serba sikit pasal keletah my hero cilik AISY HAIQAL..

pada org luar yg jarangjarang jmpe anak aku ni mst dorang akan fkr anak aku ni seorang yg moody n xfrenly. mmg aku akui coz my hero cilik suke buat muke masam n mulut muncung kedepan kalu jmpe org yg die xkenal. tapi hakikatnye........kalu kt rumah tu, mamapapa je yg tau. org yg tengok ni yg penat dgn aksiaksi die yg memanjat sofa katil..kalu aku mandi, xsmpai 2minit die da smpai kt depan pintu toilet smbil mainmain air. kalu papa kuar kt garage kete die pnye jerit satu shah alam leh dgr. huhhhh..kalu soh pakai baju lagi la, xpsl2 aku kene maraton kalu x 2jam pn xsiap. my hero cilik sgt suke pd kereta n lori. mmg sebijik mcm Mr.A. tp die plg suke lori la, kalu nmpk lori tgh tdo pn leh bgun.

kadangkadang rase nk gelak ade, geram pn ade. tp tu je la penawar duka lara, pengarang jantung pisang mamapapa. jom la kita layannnn video my hero cilik nih....

Sunday 10 July 2011

Oh Ibu Mertuakuuu....

salammmmmzzz...


kepada parapara isteri kt luar sana sure ade cerita pahit manis bersama ibu mertua kan..ade org kata mertua dgn menantu ni mcm 'hantu'. mertua vs menantu giteww..xterkecuali jgk, ade yg mempunyai memoir yg indahindah dgn mertua dorang kan..kan..


nak dijadikan citer, last friday kat kawasan umah aku tu trputus bekalan ayor, xmandi la eden. bau bacem..kehkehkeh..tggu Mr.A balik keje, kul 9.30 baru sampai umah. cian Mr.A bekerja keras utk menyara KAMi 3 beranak. dingdongdingdong cari idea cmne nk mandi, Mr.A ajak check in hotel yg dekatdekat ngan umah, aku refuse. alangalang, baik balik kg jer. bkn jauh pun shah alam-kapar 45minit jer. b4 pulang, Mr.A dah call mak die ckp kami otw nk ke sana n tujuan call adelah nk bgtau jgn tdo lg. smpai je dpn umah, pakmentua n makmentua aku dah tggu cucu kesayangan mereka smbil menonton musang yg trkena perangkap. comel gak musang ni kan..aku masuk jer umah, terkejut besar dgn layanan mak mentua aku, terharu sgt. die dah siap hamparkan tilam kt depan tv dgn bantalbantal yg empuk dan berwarnawarni untuk KAMi. bkn nye xde katil, tp my hero cilik tu xbleh tido dlm bilik, mlm kang sure menangis. ntah mende ape yg kacau die xtau la aku. makmentua aku sentiasa menyediakan perkhidmatan yg terbaik utk keluarga dan anakanak nya. bersyukurnya aku ber'makmentua'kan pn Arba'ayah bt hj. Sapuan. terimakasih mak.


keesokan harinya plak, biase la lps mkn tghari msti KAMi tdo sbb suasana umah tu yg sejuksejuk n sgt mendamaikan. mulamula nk tdo kn my hero cilik tu, tuptup mamapapa yg tdo dlu. kehkeh. kul 5 aku bgun nk g mandi, tengoktengok makmentua aku tgh cbuk isi air kt dlm swimming pool kecik my hero cilik yg dibeli oleh atuknya. neneknenek, rupenye nk sediakn air mandi smbil swimswim tuk cucu kesayangan. terharu lg skali. mmmm, skang my hero cilik dpt layanan yg superb dr nenek, tp pehni kalu sepupu die dah lahir kene bagibagi la yerk. xleh manjamanja lagiii.....





wow gumbira nye aisy

aisy swimswim


peace no war!!


p/s : kepada sapesape yg masih mempunyai ibu mertua, sayangi lah mereka seperti menyayangi ibu kita sendiri....

Monday 4 July 2011

Kelahiran satu ANUGERAH

AISY HAIQAL.....

tiba2 aku terkenang balik mase mula2 aku +ve preknen. aku ingat lagi mse tu 2 hari sebelum sambut hari raya 2009. tengah cbuk2 packing baju nak balik kampung, tetibe aku rse lain mcm jer kat perut ni. rse mcm memulas2, cam senggugut pn ade. trdetik kat ati aku ni nk wat pregnancy test. actually aku mmg simpan preg test tu kt umah, almaklumla time tu kami da stahun setengah kahwin tp blum dikurniakan rezeki n dah berkali2 aku wat preg test tu tp xberhasil. aku pegi la toilet dgn perasaan yg biase3 jer, xnk mengharap. mula2 aku tgok kt plat tu satu line, aku hampa jgak la. pastu aku amik semula plat tu dan hasilnya--------> positif. tapi prasaan aku masih sangsi, then aku stat kete and vroommmm ke watson yg brdekatan. aku beli smpai 2 preg test tu. smpai umah aku wat skali lagi, positif. xpuas hati, wat skali lagi positif..ya ALLAH, aku tersangat bersyukur kepadaMU, KAU kurniakan rezeki ini menjelang hari kemenangan umat islam. ----- so, kalu jmpe makcik2 kt kampung, aku ade jawapan untuk soalan ini.."anim dah berisi ke blum?"..soalan yg sblum ni plg aku menyampah..SYUKUR ALHAMDULILLAH..

sepanjang proses kehamilan, aku ade la alah n mabuk3. sempat gak la dok kt wad 3ari coz dehidration n muntah berpanjangan, pe lagi masuk air la.

9bulan aku menanti, aku dijangka deliver 20 Mei 2010. aku tunggu2 xde plak rase sakit cam org sekeliling cter kt aku tu. aku sehat jer, bleh jalan2 kt mall lagi. aku g checkup n doc mntak aku masuk wad 24 Mei 2010 n doc stat bg induce. 1st induce doc bg, after tu doc soh g jln2 biar 'jalan' cpt bkak. xbkak jgk, doc bg smpai 4x induce xjgak bukak. sepanjang tu Mr.A jadi peneman setia aku kt wad. mlm pn tdo kt wad. suami mithali la..hahaha. ari 3 aku kt wad, Mr.A ckp nk pg keje coz dh 2 ari cuti. tinggal la aku sengsorang kt wad, 26 Mei 2010 jam 12tghri doc check 'jalan' aku, still xbkak  jgk n doc buat decision spya aku bersalin secara czer. adeehhh, gelap sekejap dunia aku. time tu aku sengsorang jer, xde suami, xde mak. aku call Mr.A soh die dtg spital. doc plak asik push soh cepat msuk bilik bedah, aku xkira aku nk tggu gak Mr.A dtg. nk mintak maap kot kot la.........kul 1ptg aku msuk OT, 1.26ptg My Hero CiLiK selamat dilahirkan..syukur kami panjatkan kepadaMU.

dan inilah hasilnya......

bayi seberat 3.72kg...sihat

aisy 47 hari

aisy 7 bulan

aisy 9 bulan

aisy genap 1 tahun

aisy 1 tahun 1 bulan
mamapapa SAYANG sgt3 AISY HAIQAL...

Nasi Tumpang

salam....
tajuk entri hari ni adalah NASI TUMPANG. what?? nasi tumpang?????..ingt rumah tumpangan je ador..?


korang2 sume penah mkn x nasi ni? 1st time gak aku dgr nama makanan ni. aku sebagai seorang pencinta makanan pn mencuba la makanan pelik ni. huhhh!!! mmm, not bad la. cer try cer try..b4 tu aku baca kat 'menu brief', makanan ni berasal dari negeri cik siti wan kembang.


cara2 penyediaan adalah-----> nasi ni digulung dalam daun pisang berbentuk kon, dalam tu ada sambal udang/ikan (depend yg mane kte nak), telur dadar n serunding kelapa yg manis2 gitu rasenye. nasi die plak ala2 lembik mcm nasi impit tuh. sambal die agak pedas la, fuhhhh, merah padam muke aku. sape2 yg teringin nak try, bleh la ke restoran BELANGA kat midvalley. restoran ni in between antara midvalley ngan THE GARDEN. harga pn berpatutan la, xsilap aku rm6.50..




Thursday 30 June 2011

kueh raya! kueh raya!

lbh kurang sebulan lg nk puasa kan, tp kt opis aku ni dah sibuk dok testing2 kueh raya. ade almond london, tat nenas, oat, gajus dan mcm3 lg lah. mmmm, mcm biase la tgn aku ni laju jer nk menunjuk2 yg tulah sedap yg ni lah sedap. almaklumlah aku kene agih2kn kueh raya ni tuk 4 rumah. umah sndiri, mak aku, mak mentua, ngan bb sitter my hero cilik. time meng'order' ni mmg la sronok, bler order da smpai time tula nazak sket. total RM200++. huhhhh..nk wat cmne, dah mcm 1 kewajipan kan. xde kueh, x raya lah.

kueh tradisional

kueh moden