Monday 7 May 2012

Mei Kembali Lagi....

Setelah sekian lama aku xmenulis, pagi ni mood menulis kembali menerjah..
Sekejap jer masa berlalu kan, rase macam baru semalam sambut tahun 2012, la ni dah bulan mei. uhh, masa mencemburui kita. usia semakin meningkat, semoga dapat mematangkan aku dan menjadi insan yang lebih berguna di muka bumi ALLAH ini...ameeeennn

Untuk pengetahuan korang semua, dalam kamus hidup aku  banyak sejarah terukir (bukan terukir di bintang tau) disepanjang bulan mei ni...rasenye sume suwet2 blako...sejarah2 itu adalah........(drum roll please)

i) Mei 2005 (xingat date yg betul2) - mata bertentang mata, dari mata turun ke hati...ekekeke (miang keladi). perkenalan antara aku dan Mr.A telah berlaku semasa majlis perkahwinan kazen kami..org suruh jadi pengapit, die dok jeling2 kite plak..malu OK...

ii) 03 Mei 2008 - selepas 3 tahun menyulam kasih, kami telah diijabkabulkan. Syukur Alhamdulillah, ada jodoh  antara kita..Walaupun sudah 4 tahun, masih lagi membina keserasian dan cuba memahami antara satu sama lain. Semoga kasih sayang yang dibina  dapat menghapus segala dugaan mendatang..ameeeenn lagi sekali

iii) 26 Mei 2010 - selepas 2 tahun melayari bahtera rumahtangga, ALLAH mengurniakan kami cahaya mata permata yang kami namakan AISY HAIQAL. kehadirannya menyempurnakan hidup kami..dan sekarang, kehadirannya menggamatkan rumah kami...ekekeke..

iv) Mei setiap tahun - adalah sambutan Hari Ibu. Bagi mereka yang sudah bergelar ibu, boleh lah sambut nya yerk..Golongan bapa pula, sila sediakan adiah best2 tuk golongan ibu..tu yang penting



sekian saja....


MamaLuvPapa



3 comments:

MARIA LIZA said...

Nem, kau nak tarikh nikah ker, tarikh bersanding?? Tarikh nikah 14 Mei 2005, tarikh bersanding 15 Mei..Bile agaknye mata bertentang mata tu?? ha..ha..ha..

NaNeMouS said...

hahahahahha...tuan pnye majlis dah buka mulut tuh..nk senang, tarikh sanding lah..i pilih 15 Mei..tq kazen

Syaibah_Kama said...

hahaha...takde credit ke utk org tgh nie..bila ingat blk kelakar betol.teman u'olls ngedet dolu2..kekekeke