Setelah sekian lama aku xmenulis, pagi ni mood menulis kembali menerjah..
Sekejap jer masa berlalu kan, rase macam baru semalam sambut tahun 2012, la ni dah bulan mei. uhh, masa mencemburui kita. usia semakin meningkat, semoga dapat mematangkan aku dan menjadi insan yang lebih berguna di muka bumi ALLAH ini...ameeeennn
Untuk pengetahuan korang semua, dalam kamus hidup aku banyak sejarah terukir (bukan terukir di bintang tau) disepanjang bulan mei ni...rasenye sume suwet2 blako...sejarah2 itu adalah........(drum roll please)
i) Mei 2005 (xingat date yg betul2) - mata bertentang mata, dari mata turun ke hati...ekekeke (miang keladi). perkenalan antara aku dan Mr.A telah berlaku semasa majlis perkahwinan kazen kami..org suruh jadi pengapit, die dok jeling2 kite plak..malu OK...
ii) 03 Mei 2008 - selepas 3 tahun menyulam kasih, kami telah diijabkabulkan. Syukur Alhamdulillah, ada jodoh antara kita..Walaupun sudah 4 tahun, masih lagi membina keserasian dan cuba memahami antara satu sama lain. Semoga kasih sayang yang dibina dapat menghapus segala dugaan mendatang..ameeeenn lagi sekali
iii) 26 Mei 2010 - selepas 2 tahun melayari bahtera rumahtangga, ALLAH mengurniakan kami cahaya mata permata yang kami namakan AISY HAIQAL. kehadirannya menyempurnakan hidup kami..dan sekarang, kehadirannya menggamatkan rumah kami...ekekeke..
iv) Mei setiap tahun - adalah sambutan Hari Ibu. Bagi mereka yang sudah bergelar ibu, boleh lah sambut nya yerk..Golongan bapa pula, sila sediakan adiah best2 tuk golongan ibu..tu yang penting
sekian saja....
MamaLuvPapa